Thursday, March 12, 2009

Think Universal, Act Global

Fikiran Universal
Tindakan Global

OIeh

Ahmad Kamal Hj. Othman






Prakata:-
Dengan Nama Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Puji-Puji Bagi Allah yang Mentadbir seluruh alam dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu, Yang Maha Tinggi Ilmu meliputi seluruh langit dan bumi dan di antara keduanya dan bersemayam di KursiNya di Arasy semesta alam.
Selawat dan Salam buat Rasulullah Muhammad SAW, Utusan dan Kekasih Illahi yang membawa Rahmat ke Seluruh Alam dengan memberi peringatan serta petunjuk Nur Illahi buat mereka yang Beriman pada Hari Kebangkitan dan Pertemuan dengan Pencipta di Akhirat.

Saya, sebagai seorang insan yang di antara yang berbillion jumlahnya di titik pertemuan antara permulaan dekad yang pertama di abad ke 21 dan zaman ketiga tahun Masehi ini, ingin mencurahkan pengalaman serta matlamat hidup didalam mengharungi dunia yang penuh pancaroba dan pada masa yang sama ingin menjadi insan yang dikenali sebagai hamba pada Pencipta serta tak dilupakan tugas sebagai Khalifah semasa hayat dikandung badan sebelum berpindah alam dijemput kembali padaNya dan akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah dilaksanakan di dunia yang fana ini. Namun begitu sebagai insan yang lemah serta khilaf ini sentiasa memohon Petunjuk dan Hidayah serta Keampunan di dalam mengharungi hidup ini dan memohon juga Rahmat, Redha dan Ihsan Illahi di dunia dan akhirat. Wasalam.






Istimewa buat :-
Isteri Dicintai
Dan
Dua Puteri Disayangi
Ku Doakan agar kalian menjadi
Insan Solehah
Bahagia Dunia dan Akhirat

Nukilan :-
Ahmad Kamal Hj. Othman
Pulau Pinang, Malaysia



Isi kandungan:-

1.1 : Pengenalan Tajuk
1.2 : Pendahuluan
2.0 : Permulaan Perjalanan
3.0 : Pegangan Keyakinan
4.0 : Pengisian Pemikiran
5.0 : Amalan Ilmu
6.0 : Ikhtiar
7.0 : Tawakal
8.0 : Redha Ketentuan
9.0 : Kesimpulan
10 : DOA
11 : Renungan




1.1 : Pengenalan Tajuk
Fikiran Universal, Tindakan Global melambangkan kita sebagai Insan yang berilmu dan berpengalaman dan mengetahui arahtuju hidup ini dengan pegangan Keyakinan kepada yang Haq dan Benar dan menolak segala yang Batil dan Salah. Titik tolak mengharungi kehidupan di dunia yang sementara ini dengan penuh bijaksana dan memastikan tindak-tanduk kita sepanjang masa adalah berkisar di dalam perhitungan berpandukan Prinsip Syariah yang dinilaikan dari sudut Ketakwaan kepada Pencipta dan sentiasa berharap kepada Rahmat, Redha serta IhsanNya dan berlindung daripada KemurkaanNya.
Nilai Universal yang kita fahami dan hayati adalah Nilai Sawarjagat dan itulah Fitrah hidup manusia yang mengakui bahawa ia dicipta oleh Pencipta dan tujuan hidup ini bukan sekadar memenuhi runtunan nafsu dan sentiasa dalam sedar akan keujudan alam ghaib dan makhluk yang lain di dalam langit yang terbentang luas dan dunia yang fana ini, malah untuk beramal ibadat tunduk sujud kepada Pencipta.
Sebagai Insan yang sedar dengan penciptaan dan tujuannya ia di turunkan ke bumi ini adalah untuk diuji keimanannya dengan pelbagai cubaan mahu pun kesusahan dan kesenangan hidup, kesihatan ,kelapangan masa dan pengisian masa, masa muda dan tua hidup di dunia sehingga dijemput kembali kepada Tuhannya.




Tindakan Global memastikan segala apa yang kita lakukan berdasarkan kepada Ilmu yang Haq dan Benar berpaksikan kepada Rukun Iman, Rukun Islam serta Rukun Ihsan dan mampu menjana Kebaikan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan umat dunia sawarjagat dan menyumbang kearah dunia yang damai dan makmur serta Keadilan dijulang dan disemarakkan dengan budaya yang luhur serta budi pekerti yang ikhlas dan akhlak insan yang mulia.

Segala urusan yang dilaksanakan dengan permulaan menuntut Ilmu yang dicari bagai perigi air hujan sehingga Ilmu yang dikurniakan pula seperti Ladunni bagai perigi mata air yang tidak pernah kering dan seterusnya menjalani hidup yang penuh berliku ini sehingga akhir hayatnya dengan amalan yang berpaksikan kepada Keyakinan dan Ilmu yang Haq dan Benar kerana ingin menjadi Insan yang Bersyukur kepada Penciptanya, kerana hanya dengan Petunjuk dan Hidayah Illahi saja dapat memastikan perjalanan seseorang itu berada dilandasan yang lurus menurut perspektif Agamanya yang diredhai Tuhannya, Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang; yakni Islam yang Syumul.





1.2 : Pendahuluan
Sebagai warga dunia yang hidup di alaf baru dunia tanpa sempadan ini, kita haruslah menjadi berusaha dimulai dengan Doa yakni senjata Mukminin dan sebaik-baik Doa itu adalah Solat. Doa itu mampu mengubah ketetapan yang buruk menjadi ketetapan yang baik sejak di Lauh Mahfuz lagi. Ini adalah kenyataan yang hakiki mesti dilaksanakan kerana dengan berdoa itu, kita mengakui akan kelemahan kita dan memerlukan pertolongan dari Pencipta yang Mentadbir Seluruh Alam.

Untuk menjadi warga dunia yang bergelar Insan, maka haruslah mengisi minda dengan Ilmu bermula dari rumah sejak kita sudah boleh berkata-kata natijah didikan Ibu dan Bapa. Ilmu itu pula haruslah bertunjangkan kepada Tauhid Ulluhiyah dan Rubbubiyah didalam menjalani kehidupan sebagai Insan yang mempunyai hubungan dengan Pencipta, Habluminallah dan Masyarakat, Habluminannas sehinggalah pada saat kita akan dijemput pulang untuk kembali disisi Pencipta. “ DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita Pulang”.

Fikiran yang Universal mampu mengerakkan akal menjelajah ke seluruh dunia sawarjagat dan meneroka langit yang luas ciptaan PenciptaNya dan pada masa yang sama menyedari dan yakin dengan Alam Ghaib yakni menurut Ilmu yang disebutkan didalam kitab-kitab Agama Samawi ini yang telah dibawa oleh Utusan-UtusanNya silih berganti.
2.0 : Permulaan Perjalanan

Dari benih yang menyatu menjadi nuftah dan ketulan daging sehingga dicukupkan sifat dan ditiupkan Ruh dan selepas sembilan bulan sepuluh hari di dalam janin rahim maka ditakdirkanlah lahir ke dunia ini sebagai Insan yang akan menjalani kehidupan yang penuh berliku sehingga suatu masa yang ditetapkan untuk pulang disisiNya. Dimulai dengan Azan dan Iqamah di kedua-dua belah telinga memperdengarkan kalimah Tayyibah buat azimat sepanjang hayat.

Semasa bayi, kita dibelai dan dimanja dan menjadi penawar kepada kedua orang tua dan keluarga. Dari telapak kaki sebesar dua jari, kita membesar sehingga tumbuhnya gigi dan petah berkata-kata dan meniarap, merangkak dan bertatih mengorak langkah yang pertama bersama gelak ketawa ibu bapa mengagumi kejayaan permulaan anaknya.

Alam pendidikan bermula sejak di rumah lagi sehinggalah cukup umur untuk dimulai di alam persekolahan dan diteruskan dengan peringkat pengajian tinggi dengan masa pengisian minda dengan ilmu duniawi dan hakiki buat bekalan dan pendoman untuk mula hidup berdikari mengharungi hidup penuh pancaroba ini.




3.0 : Pegangan Keyakinan
Dengan lafaz Kalimah Tayyibah yang diungkapkan di kedua-dua belah telinga sewaktu mula lahir ke dunia ini. Di situlah bermulanya satu Ungkapan yang menceritakan segalanya tujuan hidup di dunia ini. Ungkapan Keyakinan Tayyibah itulah kunci kepada Kejayaan yang akan ditempa disepanjang perjalanan hidup ini didalam mengharungi pengalaman yang akan dipertanggungjawabkan apabila kembali bertemu Penciptanya di hari Pembalasan nanti.
Pegangan Keyakinan haruslah berpaksikan kepada yang Haq dan Benar dan menolak segala yang Batil dan Salah. Namun begitu pegangan serta penilaian sebegini tidak datang bergolek malah perlu kepada pengisian Ilmu . Ini amatlah diperlukan dan yang pasti Petunjuk dan Hidayah Maha Kuasa itulah yang mesti dipohon dan kecenderungan Akal, Hati dan Qalbi didalam memimpin jasad yang diruntun oleh nafsu serta bisikan jahat dari musuhnya yang nyata yakni syaitan yang dilaknati haruslah dikenal pasti.
Tindak tanduknya untuk mendekati Rabbul A’lamin haruslah dimulakan sejak mula sudah pandai memikirkan baik dan buruk dan dijelaskan dengan pengamatan kejadian dirinya dan alam sekelilingnya yakni bulan dan matahari serta bintang yang bertaburan kerdipan cahayanya di malam hari, agar ia menyedari dan mengenali bahawa semua ini tidak ujud dengan semulajadi tetapi ada Penciptanya yang Maha Kuasa, Maha Agung dan Maha Tinggi.


4.0 : Pengisian Pemikiran

Didalam tubuh badan kita ini dianugerahkan satu anggota yang terbaik iaitu akal yang mampu menyerap serta menyimpan maklumat dan menganalisa baik dan buruknya kepada kita. Akal yang berfungsi di dalam otak kita yang menpunyai berbillion sel dan terbahagi dengan otak separa sedar dan otak sedar.
Otak separa sedar kita pula berfungsi di dalam perhubungan dengan Lauh Mahfuz (Infinity Intelligent). Dibawah otak separa sedar ini terdapat beberapa Fakulti seperti Fakulti Kemahuan (Faculty Of Will Power), Fakulti Emosi (Faculty Of Emotion), Fakulti Penyebab (Faculty Of Reasoning) dan Fakulti Imaginasi (Faculty of Imagination).
Penyerapan Ilmu dan maklumat melalui lima deria utama seperti melihat, mendengar, membau, merasa, menyentuh dan yang keenam deria pemikiran oleh otak sedar yang mencernakan dan menyimpan segala maklumat dan memproses maklumat mengikut naluri rasa hati yang di Ilhamkan Illahi.
Disamping itu, Sikap Pemikiran Positif (Positive Mental Attitude – PMA) haruslah diadaptasikan bagi menjana Gelombang Pemikiran yang Baik yakni seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu sentiasa Baik Sangka terhadap Pencipta dan TakdirNya ke atas kita.


Dan hati yang hidup hayatnya dicernakan oleh Ilham dan Cahaya Iman di mana segala tindak tanduk berpaksikan kepada Prinsip Syariah dan atas dasar Ilmu yang Haq dan Benar dan mampu menolak segala yang Batil dan Salah. Malah segala urat saraf mampu merasa getaran di atasnya hingga ada Insan apabila mendengar Kalimah Tayyibah yakni bacaan Al-Quran maka bergetarlah hatinya dan terasa menyeluruh urat sarafnya ke seluruh tubuh dan kembali tenang serta tenteram apabila sampai kepada Penyerahan Diri yang Menyeluruh kepada Penciptanya.

Dari sudut Ilmu dan Maklumat yang pelbagai Dimensi ini, sewajarnya Ilmu dan Maklumat ini bersumberkan kepada Kitab dan Sunnah yang kepastiannya Kebenaran itu bagaikan Cahaya menyinari kegelapan dan kesesatan itu dapat dihindari dengan Hidayah dan Petunjuk dari Illahi, Pencipta Seluruh Alam.

Ilmu Muamalat yang diperolehi pula, juga haruslah mampu menjuruskan kearah kebaikan diri dan umum dan diambil kira sebagai sumbangan kepada ketamadunan kehidupan manusia sawarjagat.




Maka, apabila sudah bersedia seseorang itu untuk menyerap Ilmu dan Maklumat, dengan itu proses pembelajaran bagi pengisian Ilmu pun berlaku bagaikan perigi air hujan yang akan sentiasa penuh apabila turunnya hujan yang mempunyai Rahmat dan menghidup serta menyuburkan bumi ini dan manakala apabila sudah sampai ia kepada yang di Redhai maka terpancarlah pula matair yang membentuk perigi yang tidak putus-putus airnya tanpa diketahui puncanya. Itulah proses pemberian Ilham Ilmu Hidayah dan Petunjuk Ilmu Ladunni oleh Maha Agung kepada Insan yang dapat merasa Ihsan Illahi yakni merasakan Penciptanya sentiasa memerhatikannya didalam jaga mahu pun tidur, gelap mahu pun terang, sembunyi mahu pun nyata, hidup mahu pun mati. Nyatalah jiwanya merasakan hayat yang hidup dan menyakini akan keujudan Penciptanya yang Mentadbir Seluruh Alam dan kepadaNyalah akan dikembalikan ke destinasi yang kekal abadi yang tiada penghujungnya dan bukanlah sekadar liang lahat penghujung jalan di dunia yang fana ini.
Maka dengan itu, satu rangka Pemetaan Minda harus dilaksanakan dengan mengambil kira Pemikiran Strategik iaitu dari titik Alif ke Ya, yakni dari sekarang hingga fasa liang lahat dan seterusnya ke fasa Alam Barzakh dan fasa Hari Akhirat dan Pemikiran Lateral dari Ya ke Alif, yakin di fasa Alam Akhirat ke fasa Alam Barzakh dan ke fasa liang lahat dan seterusnya hingga kini di saat ini kita berada dan bukan hanya tertumpu kepada kehidupan duniawi malah lebih jauh dari itu hingga ke Negeri yang Kekal Abadi disamping Penciptanya yang Maha Kuasa.

5.0 : Amalan Ilmu

Ilmu dan maklumat yang Haq dan Benar serta diBerkati Pencipta memang akan membawa kepada Kebaikan kepada seseorang Pengamal Ilmu yang Haq itu dan juga mampu menjadi unit Pembawa Sinar didalam masyarakat dan seterusnya Masyarakat yang menghayati Ilmu yang Haq ini pula mampu menjana satu Gelombang Kebangkitan Kecemerlangan Tamadun Ummah yang berpaksikan Aqidah yang mantap di jiwa dan melahirkan Insan yang sederhana dalam kehidupan duniawi yang Cemerlang, Budaya yang Gemilang dan Terbilang dari aspek kemuliaan Akhlak dan mampu membawa arus menjadi Gelombang yang merubah duniawi ini penuh dengan Kebaikan dan Keadilan dan seterusnya Keharmonian dan Kesejahteraan Sawarjagat dan sentiasa Bersyukur atas limpah kurnia Rahmat dari Penciptanya.

Maka dengan demikian, proses perlaksanaan Ilmu dan Maklumat berdasarkan kepada yang Haq dan Benar, sewajarnya berterusan didalam hidup ini dan diniatkan sebagai sumbangan kepada Kemakmuran Dunia kerana Penciptanya, dan bukan hanya sekadar mengejar kemewahan harta, pangkat dan kuasa menurut hawa nafsu serakahnya sahaja. Tetapi tujuan asalnya adalah untuk melaksanakan tugasnya sebagai Khalifah yakni pemimpin di bumi bertuah ini.


6.0 : Ikhtiar

Usaha kita di dalam kehidupan ini bukan hanya mengejar kemewahan harta, pangkat dan kuasa semata-mata. Orang yang kaya disisi Pencipta adalah orang yang kaya Jiwa dan orang yang bijaksana disisi Penciptanya adalah orang yang paling banyak memikirkan Hari Pembalasan dan Negeri yang Kekal Abadi dan sentiasa berusaha ia menjadi Insan yang berikhtiar kearah tujuan untuk pulang disamping Penciptanya. Matlamat ini hanya boleh di capai dengan memastikan segala usaha dan ikhtiar itu sentiasa berada di ruang lingkup Prinsip Agamanya dan tiada satu cara mudah yang boleh digunapakai tanpa mengira batas keagamaannya.

Ikhtiar haruslah dimulai dengan Doa kepada Penciptanya kerana apa yang kita fikirkan baik untuk kita belum tentu terbaik dan mungkin mendatangkan kemudharatan kepada kita dan apa yang ditakdirkan kepada kita oleh Pencipta sentiasa mempunyai Hikmah Kebaikan disebaliknya.

Ikhtiar itu adalah satu kewajipan bagi kita kerana kebaikan dan rezeki itu tidak datang bergolek melainkan natijah dari apa yang diusahakan dan ditakdirkan menurut ketentuan Illahi. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud berusahalah seolah-olah kita akan hidup selamanya dan beribadatlah seolah-olah akan mati keesokannya. Dan Sabdanya lagi, sekiranya kita tahu esok akan kiamat dan dalam genggaman masih ada benih, maka haruslah bagi kita untuk terus menanam benih tersebut.


7.0 : Tawakal

Sudah tentu selepas tiap kali kita berikhtiar dalam apapun jua keaadan mahupun Duniawi ataupun Ukhrawi, kita mengharapkan hasil yang baik. Inilah dinamakan Tawakal, kerana ia berserta dengan Pengharapan dan Kesabaran. Sekiranya hal duniawi, sudah tentu kita mahu Kebaikan buat kita, keluarga, masyarakat dan Negara ataupun Dunia sawarjagat keseluruhannya. Dan sekiranya amalan Ukhrawi sudah tentu kita mengharapkan segala Amalan kita diterima Illahi dan mendapat Kerahmatan dan Keredhaannya.

Tawakal kepada Pencipta membuatkan kita menjadi Insan yang sedar bahawa sesungguhnya kita tiada daya upaya untuk mendatangkan keuntungan ataupun kemudharatan kepada diri kita sendiri ataupun sesiapa sahaja melainkan semuanya akan berlaku atas ketentuan Pencipta Maha Kuasa yang segala sesuatu pasti akan berlaku dengan Takdirnya dan amat mudah sekali dengan Firman “Kun”, maka jadilah ia tanpa ada yang boleh menghalang ataupun membantah kerana ia adalah Perintah Pencipta Yang Maha Kuasa yang mempunyai Kekuasaan Mutlak di seluruh Alam Semesta ini di langit mahupun di bumi.

Kesabaran amatlah perlu disamping yang utama Doa pada Nya mohon pertolongan kekuatan mengharungi cabaran duniawi yang penuh pancaroba.


8.0 : Redha Ketentuan

Selepas berdoa, berikhtiar dan bertawakal, maka keputusan yang ditunggu pasti akan tiba walau cepat dan lambat masanya. Apabila keputusan yang ditunggu itu telah pasti, maka Redha atas Ketentuannya dan bersyukurlah di atas segalanya kerana apa yang ditakdirkan kepada kita itu sentiasa ada ada kebaikannya dan hikmah disebaliknya, untuk dunia dan juga akhirat.

Redha dengan Ketentuannya menjadikan kita Insan yang sentiasa menjaga perhubungan dengan Khaliq, yakni Pencipta. Redha juga adalah Maqam yang dihajati oleh semua muslimin dan muslimat. Namun begitu tidak semua mendapati apa yang dihajatkan tanpa di uji dengan cubaan yang sudah semestinya menggongcangkan jiwa, kerana mereka yang Redha dengan Ketentuannya sahaja dapat menatap Wajahnya di Akhirat bagai melihat bulan purnama penuh syahdu dan nikmat yang tidak ternilai dan tiada bahasa untuk menggambarkannya.

Redha atas Ketentuannya memerlukan Kesabaran yang tiada ayat dapat menjelaskannya, melainkan mereka yang merasainya kelu tiada kata dan hanya linangan airmata menceritakan segalanya.


9.0 : Kesimpulan

Nukilan yang ringkas ini hanyalah sebagai perkongsian Ilmu dan Maklumat serta peringatan sesama kita kerana menurut Surah 103 Al’ Ashr (Masa) Juzuk ke 30 yang bermaksud :- “
1. Demi Masa
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam
kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran
dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Maka. Dengan rendah hati dan penuh keinsafan saya mengajak saudara-saudari, marilah kita sama-sama menghayati Kemuliaan Islam dan melaksanakan Titah Perintah Illahi untuk bertakwa kepadanya dan meninggalkan segala larangannya dan menjadi Insan yang Bersyukur dengan tetap Mendirikan Solat, yakni tiang agama dan berbuat Kebaikan sesama Insan demi mengharapkan Rahmat dan Redha serta Ihsan Maha Kuasa di dunia dan akhirat.

Akhirulkalam, hayatilah sajak nukilan saya bertajuk “Rajawali”.


Rajawali

Bebola Mata Berkaca, Akal Mengembara
Hati Berbicara, Qalbu Berdoa
Lembayung Sutera Menirai Suria
Titik Pertemuan Dua Dunia
Kesaksian Kebenaran Kebesaran KuasaNya
CahayaNya Gemerlapan
Ku Kesana Dengan IzinNya
Membawa Harapan Alam Semesta
Bumi Dipijak Langit Dijunjung
Haq Datang Batil Hilang
Ku Kibarkan PanjiNya
Membujur Lalu Melintang Patah
Ku HambaNya Ku KhalifahNya
Salamullah, Sunnahtullah
Jihad Fisabilillah

Nukilan : Criterion

QUOTE :
"If someone have Acquired Knowledge, One may have solutions for Thousand problems, but if someone have the Wisdom of Revealed Knowledge, One may have solutions for Any problems".

10 : DOA
Doa
Ya-allah! Ya-rahman! Ya-rahim!
Ya-halimmu! Ya-alimmu! Ya-‘alliyu! Ya-adhzim!
Ya-allah!
Hambamu ini bersyukur diatas segala Rahmat, Rehda dan IhsanMu kepada kami sekelian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat seluruh alam dengan penghormatan terima kasih padaMu Ya-Allah dengan ungkapan Alhamdulillah.
Ampunilah dosaku,kedua orangtuaku,isteriku dan kedua orangtuanya, anak-anakku, mukminin-mukminat,muslimin-muslimat yang masih hidup dan yang telah mati.
Ampunilah dosa kami yang kecil dan besar, yang sembunyi dan nyata, yang disedari dan tidak disedari, yang sengaja dan tidak sengaja. Ampunilah dosa kami dan tempatkanlah kami disyurgamu dan lindungilah kami daripada azab api neraka.
Janganlah diuji kami dengan ujian yang tidak termampu oleh kami, permudahkanlah urusan hidup kami didunia dan akhirat. Kurniakanlah kepada kami husnol khotimah, matikanlah kami dalam islam, lindungilah kami dialam barzakh, permudahkanlah urusan kami di yaumil masyar, kurniakanlah syafaat rasulullah saw kepada kami, rahmatkanlah kami dengan minuman dihaud, percukupkanlah timbangan kami dimizan, tutupilah aib kami, percukupkanlah kekurangan kami, permudahkanlah bagi kami meniti titian sirat, tempatkanlah kami dibawah rahmatmu disyurgamu, lindungilahkami dari api neraka, dan redhailah kami dengan ihsanmu.
Ya-allah! Ya-rahman! Ya-rahim! Ya-razaq!
Bukalah pintu rahmat dan pintu rezekimu kepada kami, sekiranya rezeki kami masih dilangit, turunkanlah ia, sekiranya masih jauh dibumi, keluarkanlah ia, sekiranya jauh, kau dekatkanlah ia, sekiranya sukar, kau permudahkanlah, sekiranya haram, kau sucikanlah ia.
Kurniakanlah rezeki yang mendapat keberkatanmu dan percukupkanlah kekurangan kami dunia dan akhirat





Ya-allah! Ya-rahman! Ya-rahim!
Takdirkanlah kebajikan bagi kami, takdirkanlah kebaikan bagi kami, takdirkanlah keselesaan bagi kami, takdirkanlah kebahgiaan bagi kami, takdirkanlah kejayaan bagi kami, takdirkanlah penghormatan disisimu dan disisi makhlukmu, takdirkanlah kemuliaan disisimu dan disisi makhlukmu.Didunia dan akhirat
Ya-allah! Ya-rahman! Ya-rahim!
Jadikanlan kami sebagai insan yang beriman dan bertaqwa, kurniakanlah ilmu hikmah dan kebijaksanaan kepada kami, kurniakanlah kami kesabaran, kurniakanlah kami ketenangan jiwa dihati kami, didunia dan akhirat.
Ya-Allah! Ya-rahman! Ya-rahim!
Limpahilah kami dengan Nurmu kepada Roh Kami, Jasad kami, Darah kami, Daging kami dan saraf kami. Limpahi Nurmu pada akal kami, hati kami dan qalbi kami, limpahkan Nurmu pada wajah kami, akhlak kami, penglihatan kami, pendengaran kami dan percakapan kami. Limpahkan Nurmu dari atas dan bawah kami, depan dan belakang kami, kanan dan kiri kami, Limpahkan Nurmu pada kami di dunia ini, alam barzakh dan akhirat.
Ya-allah! Ya-rahman! Ya-rahim!
Lindungilah kami dibawah rahmatmu, redhamu dan ihsanmu daripada kemurkaanmu didunia dan akhirat.
Lindungilah kami daripada malapetaka,bencana,bahaya dan bala.
Lindungilah kami daripada kejahatan diwaktu pagi dan petang, siang dan malam, makhluk yang zalim dan buhulan ahli sihir, jin yang kafir dan syaitan yang direjam, iblis yang dilaknat allah.
Sekiranya ada mereka-mereka yang menzalim dan mengkhianati kami dengan sihir mereka, pulangkanlah balik dan hinalah mereka didunia dan akhirat, dan azablah mereka dunia dan akhirat.
Ya-allah! Ya-rahman! Ya-rahim!
Rabbana a’tinna fidunya hasanah, wa-fil akhirati hasanah, wa-qina azaban nar.


11 : Renungan
Dialog Iblis vs Rasulullah SAW
Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disukai maupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Bahwa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahasiamu dan apapun yang ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu, serta disiksa dengan azab yang amat keras.”Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),“Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mejawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencoba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya karena diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?”Taklimat Iblis, “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Karena engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenaliku. Kedatanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani menyembunyikannya.”Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu.”Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.



Pertanyaan Nabi (1)“Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuhmu dan bagaimana aku terhadapmu?”Jawab Iblis:“Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara segala musuhku di muka bumi ini.”Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar karena ketakutan. Sambung Iblis, “Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diriku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah.Kiranya aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku.”
Pertanyaan Nabi (2):“Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu kepada makhluk Allah?”Jawab Iblis:“Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Disana aku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa ria, takabur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat.






Pertanyaan Nabi (3):“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?”Jawab Iblis:“Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh karena itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain aripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan carut-marut.Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahasia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut.”
Pertanyaan Nabi (4):“Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?”Jawab Iblis:“Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemauan jalanku”

Pertanyaan Nabi (5):“Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, bagaimana keadaanmu?”Jawab Iblis:“Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemah tulang sendiku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis sholatnya, hilang khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis sholatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.”
Pertanyaan Nabi (6):“Jika umatku membaca Al-Quran karena Allah, bagaimana perasaanmu?”Jawab Iblis:“Jika mereka membaca Al-Quran karena Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya.”
Pertanyaan Nabi (7):“Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?”Jawab Iblis:“Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.”
Pertanyaan Nabi (8):“Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?”Jawab Iblis:“Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepadaku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa.”

Pertanyaan Nabi (9):“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”Jawab Iblis:“Seluruh sahabatmu juga adalah sebesar - besar seteruku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata: “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.”
Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-haditsmu.
Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, “Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku”, karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.
Saidina Usman Al-Affan lagi, aku tidak bisa bertemu, karena lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak dua kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan, “Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.”
Saidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya.” Tambahan pula dia menjadi menantumu, semakin aku ngeri kepadanya.”





Pertanyaan Nabi (10):“Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?Jawab Iblis:“Umatmu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.” Yang kedua umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka akupun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendakku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.”
Pertanyaan Nabi (11):“Siapa yang serupa dengan engkau?”Jawab Iblis:“Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang belajar agama Islam.”
Pertanyaan Nabi (12):“Siapa yang mencahayakan muka engkau?”Jawab Iblis:“Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”
Pertanyaan Nabi (13):“Apakah rahasia engkau kepada umatku?”Jawab Iblis:“Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari.”
Pertanyaan Nabi (14):“Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?”Jawab Iblis:“Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang.”

Pertanyaan Nabi (15):“Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya engkau?”Jawab Iblis:“Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya.”
Pertanyaan Nabi (16):“Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?”Jawab Iblis:Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”
Pertanyaan Nabi (17):“Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?”Jawab Iblis:“Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka (mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur, asar, maghrib dan isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat.”
Pertanyaan Nabi (18):“Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?”Jawab Iblis:“Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan sholat tengah malam.”
Pertanyaan Nabi (19):“Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?”Jawab Iblis:“Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”
Pertanyaan Nabi (20):“Apa lagi yang memecahkan mata engkau?”Jawab Iblis:“Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda, ‘Syurga itu di bawah tapak kaki ibu’”


_uacct = "UA-203781-4";
urchinTracker();

No comments: